Internet merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen. Kini
internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit.
Melalui internet,kita akan menerima maklumat dengan cepat. Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini. Dalam keadaan tertentu, kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu masalah.
Kita boleh mendapatkan maklumat hanya menekan jari. Sebelum ini, jika kita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital. Menerusi teknologi ini, kita dapat menjimatkan masa dan wang.
Namun begitu, keburukannya tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan melihat laman web yang tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar. Akibatnya, kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu.
Bagi pelajar-pelajar yang malas mereka akan terus menetap halaman internet secara berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulangkaji pelajaran. Kesannya kita boleh gagal dalam pelajaran.
Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan, internet memang penting kepada kita. Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi, marilah kita berusaha mempelajari cara meggunakan komputer terlebih dahulu.
Belum ada tanggapan untuk "Kebaikan Dan Keburukan Internet"
Post a Comment